Hari Sukan
Posted on Monday, July 8, 2013
@ 10:56 PM
Hari Sukan SMK Canossian Convent telah dijalankan dengan lancar pada 5 Julai yang lalu. Semua pelajar telah melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti tersebut. Aktiviti seperti kawad kaki, larian dan majlis penyampaian hadiah telah diadakan. Semua pelajar memberi sorakan kepada rumah sukan masing-masing.
Rumah Biru telah menjadi Johan pada sukan tahunan 2013 ini dan diikuti oleh Rumah Kuning,Rumah Hijau dan Rumah Merah.
Maklumat SEkolah
SMK Canossian Convent Kluang
VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
SEJARAH PEMBINAAN SEKOLAH
1949 - DYMM Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim mengkhairatkan 25 ekar tanah untuk Institut Canossian bagi kegiatan kebajikan dan pelajaran.
03.03.1950 - Batu asas pertama telah didirikan oleh H.E. MONS. M. Olcomendy dari Singapura.
Januari1951 - Sekolah Rendah mula dibuka dengan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris dengan bilangan pelajar seramai 300 orang di sekolah rendah.
Januari1954 - Sekolah Menengah dibuka dan kumpulan pertama calon peperiksaan Senior Cambridge mengambil peperiksaan dalam tahun 1958.
05 Disember 1956 - Hari Sukan Pertama, perasmian padang dilangsungkan.
1960 - Institut Canossian membelanjakan RM25 000 untuk projek sekolah menengah (RM23 000 daripada bantuan kerajaan) dengan 11 buah bilik darjah, sebuah makmal dan dua bilik sains 77 Sebuah makmal sains dibina.
1983 - Dewan badminton siap dibina.
1989 - 8 buah bilik darjah, bilik Bimbingan & Kaunseling, Stor SPBT, Stor Sukan (Blok B) dibina.
1995 - Blok D (Bengkel KH) dibina.
2003 - Blok E dan Perpustakaan dibina dan digunakan.
2009 - Bilik tambahan dibina di Blok E dan mula digunakan.
2010/2011 - Bangunan baru makmal komputer siap dibina.
MATLAMAT SEKOLAH
1.Semua pelajar menerima pendidikan yang sepenuhnya.
2.Segala aktiviti pendidikan adalah untuk membentuk individu yang lengkap dari segi intelek, sosial, emosi dan rohani.
3.Nilai-nilai mulia yang membawa erti dalam hidup disampaikan kepada pelajar melalui suasana sekolah dan 'personnel'.
4.Berpandukan semangat pengasas kami, semua pelajar terutamanya yang susah dan lemah diberi bantuan dalam pembelajaran.
5.Latar belakang keluarga dan kemampuan diberi pertimbangan dalam merancangkan kurikulum serta aktiviti kokurikulum sekolah.
FALSAFAH SEKOLAH
1.Melahirkan pelajar-pelajar yang berpendidikan, berkeperibadian, bertanggungjawab lagi berdisiplin yang dapat memberikan sumbangan yang positif terhadap masyarakat, agama, bangsa dan negara serta diberi pertimbangan dalam merancang kurikulum serta aktiviti kokurikulum sekolah.
Hari Sukan
Posted on Monday, July 8, 2013
@ 10:56 PM
Hari Sukan SMK Canossian Convent telah dijalankan dengan lancar pada 5 Julai yang lalu. Semua pelajar telah melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti tersebut. Aktiviti seperti kawad kaki, larian dan majlis penyampaian hadiah telah diadakan. Semua pelajar memberi sorakan kepada rumah sukan masing-masing.
Rumah Biru telah menjadi Johan pada sukan tahunan 2013 ini dan diikuti oleh Rumah Kuning,Rumah Hijau dan Rumah Merah.
Sharing and Caring is our way of life.